fbpx

India, Malaysia sama kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada aksi menentang India, sebentar tadi. - FAM

KUALA LUMPUR – Hasrat India untuk meraih kemenangan sulung dalam tempoh setahun tidak terlaksana apabila terikat 1-1 dengan Harimau Malaya di Stadium Gachibowli, Hyderabad, sebentar tadi.

Penjaga gol tuan rumah, Gurpreet Singh pastinya menjadi individu paling kesal selepas tindakan ‘berlagak’ dilakukannya menghasilkan jaringan buat Malaysia.

Kali terakhir Blue Tigers mencatatkan kemenangan adalah ketika menewaskan Kuwait 1-0 pada kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 pada 17 November tahun lalu.

Terdahulu, India memulakan permainan dengan agak positif dimana mereka berjaya mencipta dua peluang terbaik dalam tempoh 15 minit pertama.

Bagaimanapun, minit ke-19, sikap terlalu yakin Gurpreet Singh yang mahu melakukan tandukan di luar kotak penalti mengundang padah dan kesempatan itu dimanfaatkan oleh Paulo Josue untuk meledak gol pertama perlawanan.

Walaupun ketinggalan, India seakan langsung tidak terkesan dan minit ke-39 usaha keras dilakukan nyata membuahkan hasil, menyaksikan Rahul Bheke meledak gol penyamaan.

Permainan India di babak kedua kekal tersusun hingga menyaksikan Malaysia lebih tertumpu kepada serangan balas.

Kemasukan Safawi Rasid, Fergus Tierney dan Fazrul Amir Md Zaman berjaya menghasilkan permainan lebih positif buat Harimau Malaya namun tetap gagal untuk mencetak jaringan kedua. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI