fbpx

Hujan lebat lebih 14 jam, Kemaman mula banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat sedang membantu membawa keluar seorang pemuda terlantar dari rumahnya yang dilanda banjir di Perumahan Rumah Mampu Milik Teluk Kalong, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Banjir musim tengkujuh mula melanda daerah ini terutama di sekitar mukim Kijal dan Kemasik ekoran hujan lebat berterusan lebih 14 jam sejak malam semalam.

Antara penempatan terjejas sejak pukul 2.30 petang itu ialah Perumahan Rumah Mampu Milik Teluk Kalong di sini.

Setakat ini difahamkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu Pusat Latihan Darul Iman (DITC), Telok Kalong di sini.

Proses pemindahan mangsa banjir sedang giat dilakukan oleh pelbagai agensi pasukan penyelamat termasuk Polis Diraja Malaysia Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan yang dihubungi memberitahu, pihaknya sedang mengenal pasti jumlah mangsa banjir terlibat.

Beliau berkata, beberapa laluan di daerah ini termasuk di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kijal mula dilimpahi air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI