PETALING JAYA – Hujan lebat serta ribut petir dijangka melanda Kuala Lumpur dan Selangor bermula petang sehingga malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka turut melanda Kedah (Langkawi, Sik dan Baling) ,Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung dan Kinta).
“Kawasan Putrajaya serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau) turut dijangka dilanda hujan lebat pada petang ini.
“Manakala Sarawak: Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang, sementara itu kejadian sama turut dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah,” jelas kenyataan tersebut.
Sementara itu, MetMalaysia berkata, pihaknya akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada esok (Rabu) di dua lokasi berikut iaitu Balai Polis Tanjung Tokong dan Kawasan Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringgi, Pulau Pinang.
“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.
“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE.