fbpx

Hujan lebat berterusan di Pantai Timur hingga hujung November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan di timur dan selatan Semenanjung diramal berlanjutan sehingga hujung November ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip, berkata, ia berikutan kekuatan luruan monsun dijangka meningkat bermula 27 November sehingga 1 Disember ini.

“Tempoh ini berpotensi membawa hujan sangat lebat dan berterusan, khususnya di kawasan timur Semenanjung.

“Pihak MetMalaysia akan sentiasa memantau keadaan cuaca secara berterusan dan akan mengemas kini Amaran Hujan Berterusan jika terdapat tanda-tanda cuaca bertambah buruk,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan sentiasa merujuk maklumat, ramalan, dan amaran terkini yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web rasmi www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, atau media sosial rasmi MET Malaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI