fbpx

Dua wanita maut kereta bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 15 Jalan Lipis-Jerantut dekat Kampung Jeram Bungor di Lipis.

LIPIS – Dua wanita maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 15 Jalan Lipis-Jerantut dekat Kampung Jeram Bungor di sini hari ini.

Mangsa yang maut adalah pemandu kereta, Nurshida Md Najib, 38, dan penumpang kereta, Nurul Farhana Yahaya, 31, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Purut dekat sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku ketika lori jenis Daihatsu yang dipandu oleh seorang lelaki bersama kelindan dalam perjalanan dari arah Gua Musang, Kelantan menghala ke Kampung Gemunchor, Mela dekat sini bagi tujuan mengambil tayar.

“Manakala kereta jenis Proton Saga yang dipandu Nursyida bersama penumpang hadapan, Nurulfarhana dalam perjalanan dari SK Limau Purut menuju ke Pejabat Pendidikan Daerah Lipis bagi urusan kerja.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut telah bertembung secara bertentangan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Nurshida yang berasal dari Pekan dan Nurulfarhana yang berasal dari Jerantut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya, pemandu lori telah mengalami kecederaan pada rusuk sebelah kiri dan kelindannya telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan giat dilakukan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI