fbpx

Dewan Rakyat: Penggunaan ‘autogate’ KLIA tidak kompromi aspek keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) untuk warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak menyebabkan aspek keselamatan dikompromi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bermula Januari hingga 31 Oktober lalu, seramai 32 juta pengembara memasuki Malaysia.

“Jadi saya kena jelaskan ini sebab kita ada 10 autogate di KLIA 1 dan KLIA 2, 10 autogate. Asalnya pengguna autogate itu untuk rakyat Malaysia sahaja.

“Tetapi kerana ketibaan pelancong juga besar, jadi kita buat keputusan untuk buka penggunaan autogate itu kepada 63 negara.

“Apakah sistem autogate kompromi daripada segi keselamatan? Jawapannya tidak. Walaupun tak cop pasport, kita imbas gambar dan sebagainya. Itu cukup untuk simpan rekod,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) berhubung penggunaan autogate terhadap aspek keselamatan.

Terdahulu, Saifuddin Nasution berkata, sebanyak 60 kaunter manual dan 10 autogate di KLIA 1 serta 38 kaunter manual dan 10 autogate di KLIA 2 dibuka pada waktu puncak antara pukul 11 pagi hingga 9 malam.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan memastikan tiada kesulitan dialami oleh pengembara sama ada rakyat Malaysia ataupun rakyat luar negara.

Tambah beliau, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia juga telah mewujudkan kerangka Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (QOS)

Ujar beliau, pelaporan prestasi diukur menggunakan sistem Smart Q yang berasaskan teknologi Internet of Thing daripada Xovis AG.

“Sistem ini gunakan teknologi infrared dan mengesan serta menganalisa pergerakan penumpang termasuk bagi mengukur tempoh waktu menunggu. Berdasarkan kepada prestasi ini, lapangan terbang kita mencapai sasaran tempoh menunggu yang pendek.

“Melainkan dalam sebulan akan berlaku lima atau enam hari di mana ketibaan pesawat body itu lari daripada jadual, jadi dia selang dua hingga tiga minit. Itu menyebabkan tempoh melakukan Imigresen clearance mengambil sehingga 49 minit.

“Jadi dalam sebulan ada lima hingga enam insiden kejadian, tapi 25 hari dalam tempoh kurang daripada 25 minit untuk ketibaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI