fbpx

Anwar bincang isu Palestin bersama Presiden Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar yang mengetuai delegasi Malaysia ketika bertemu Macron di Rio, Brazil hari ini.

PETALING JAYA – Isu yang sedang dibelenggu Palestin menjadi antara topik yang dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan beliau bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Mesyuarat dua hala yang berlangsung di sela-sela Sidang Kemuncak G20 di Museum of Modern Art Rio di sini turut membincangkan berkenaan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

“Ia meliputi bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pertahanan selain kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI),

“Selain itu, kami berdua juga sempat membincangkan perihal genosid yang berlaku di Palestin yang mana ia memerlukan gencatan senjata sesegera mungkin dan kerjasama semua pihak untuk menamatkan penderitaan rakyat di sana,” kata beliau di laman sosial Facebook rasminya hari ini.

Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin negara itu turut membincangkan berkenaan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

“Saya nyatakan penghargaan kepada Presiden Macron atas dukungan menerusi Kerjasama Pembangunan ASEAN-Perancis,” jelasnya.

Terdahulu, Malaysia bersama 16 negara lain termasuk Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatum(UAE) dan Qatar merupakan negara tetamu untuk G20.

Kali terakhir Malaysia menghadiri Sidang Kemuncak G20 ialah pada 2015 di Turkiye, sebagai pengerusi ASEAN ketika itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI