fbpx

AI dan IoT berpotensi kukuhkan sistem pengurusan bencana – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika melawat NAFFCO di Dubai.

PETALING JAYA – Malaysia akan meraih manfaat besar daripada penggunaan teknologi inovatif seperti kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) yang berpotensi memperkukuh sistem pengurusan bencana negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan teknologi itu sekali gus meningkatkan keupayaan menangani bencana semasa.

“Semasa berada di Dubai, saya berpeluang melawat NAFFCO, sebuah peneraju global dalam bidang keselamatan dan perlindungan dengan kehadirannya di lebih 100 negara.

“Saya yakin Malaysia dapat meraih manfaat besar daripada penggunaan teknologi inovatif seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) yang diketengahkan oleh syarikat-syarikat terkemuka di Emiriah Arab Bersatu (UAE), termasuk NAFFCO,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jelasnya, usaha mempelajari teknologi terkini serta pertukaran pengetahuan amat penting, terutama ketika kita bersiap siaga menghadapi risiko global seperti bencana yang dipengaruhi oleh perubahan iklim.

“Dengan meneroka peluang kerjasama, kita dapat memperkukuh kesiapsiagaan bencana, memperkasakan barisan penyelamat dan memastikan Malaysia bersedia menghadapi cabaran masa depan.

“Saya optimis bahawa dengan langkah-langkah sebegini, kita akan terus bergerak maju dalam mencipta persekitaran yang lebih selamat dan berdaya tahan untuk rakyat serta generasi akan datang. Insya-Allah,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI