fbpx

Ada 2 biji pil kuda sudah kira pengedar dadah di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pil kuda yang dijumpai di dalam bilik air selepas polis menyerbu bilik enam rakyat Malaysia di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand pada 1 November lalu.

SUNGAI GOLOK, THAILAND – Individu yang memiliki lebih daripada sebiji pil kuda semasa tangkapan dijalankan sudah dikira sebagai pengedar dadah mengikut undang-undang di Thailand.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan berkata, berdasarkan peruntukan dalam undang-undang itu, pihaknya mempunyai kuasa untuk menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah meskipun ada dua biji pil kuda dalam milikan mereka.

Menurutnya, kuantiti dadah itu juga membuktikan bahawa pil kuda tersebut bukan untuk kegunaan sendiri, sebaliknya ia akan dijual kepada pelanggan.

“Peruntukan undang-undang itu merupakan usaha untuk membendung penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara ini.

“Suspek yang didapati bersalah berdepan hukuman penjara lebih 10 tahun atau seumur hidup bergantung kepada jumlah dadah yang dirampas.

“Semakin banyak jumlah dadah yang dirampas, semakin berat hukuman yang diterima terutamanya tempoh pemenjaraan pesalah,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Sungai Golok di sini semalam.

Jadsadavit memberitahu, kebanyakan rakyat Malaysia yang ditahan Sungai Golok didapati positif dadah dan tidak terlibat kegiatan pengedaran bahan terlarang itu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, rakyat Malaysia) takut dengan undang-undang dan hukuman membabitkan pengedaran dadah di Thailand.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang penyanyi wanita tersohor dari Kelantan bersama lima individu lain direman selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan ekoran penemuan 6,000 biji pil kuda bersama mereka di sebuah hotel di Sungai Golok, di sini pada 1 November lalu.

Tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 25
hingga 34 tahun utu ditangkap polis Thailand kira-kira pukul 5 pagi dalam satu serbuan ketika mereka berehat di sebuah bilik hotel selepas berhibur di pusat hiburan yang terletak bawah hotel tersebut.

Mereka masuk ke negara jiran itu untuk berhibur sempena cuti perayaan Deepavali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI