fbpx

87,000 rakyat Malaysia diunjur maut akibat AMR menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly pada sidang akhbar selepas sambutan Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrob (AMR) 2024 Peringkat Kebangsaan di Hotel Everly, hari ini. -Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Penggunaan ubat antibiotik secara tidak wajar atau berlebihan dijangka mengakibatkan ramai penduduk negara ini mengalami isu Kerintangan Antimikrob (AMR).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, dianggarkan kira-kira 87,000 rakyat Malaysia mungkin maut akibat masalah AMR antara 2020 hingga 2030.

“Unjuran itu hasil kajian oleh Pejabat Rantau Pasifik Barat (WPRO) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) jika kita masih tidak peduli isu ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Minggu Kesedaran AMR Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 hari ini.

AMR disebabkan si pesakit sengaja mengambil antibiotik meskipun tidak perlu untuk kes jangkitan biasa atau tidak menghabiskan dos mengikut tempoh yang ditetapkan doktor.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, badan itu telah mengisytiharkan AMR sebagai antara 10 ancaman utama sehingga boleh menggugat Matlamat Pembangunan Mampan 2030.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI