fbpx

500 murid rentas Sungai Golok pergi sekolah di Malaysia disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian sempena pembukaan MPH Bookstores (MPH) di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyiasat lanjut laporan berhubung murid dan pelajar sekolah dari Thailand yang merentas Sungai Golok untuk bersekolah di Malaysia (Rantau Panjang, Kelantan).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu kerana ia membabitkan pergerakan jumlah murid dan pelajar yang ramai setiap hari.

“Saya ingat macam ni, kalau anak-anak ini adalah warga negara Malaysia sepatutnya dia bersekolah dalam Malaysia dan tidak timbul isu dari segi keselamatan mereka yang menyeberangi sungai itu.

“Tapi kita akan siasat dan ambil maklum tentang perkara ini kerana bilangan yang didakwa itu sangat tinggi.

“Dari segi akses pendidikan, kita telah sediakan semuanya di peringkat Kementerian Pendidikan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan semula MPH Bookstores (MPH) di pusat beli belah Alamanda Putrajaya di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kira-kira 500 murid dan pelajar dari Thailand menggunakan pangkalan haram bagi merentasi Sungai Golok, setiap hari untuk ke sekolah di Malaysia.

Difahamkan, murid dan pelajar itu menunggu bot seawal pukul 6.30 pagi setiap hari untuk ke Malaysia menggunakan lima pangkalan haram untuk ke sekolah termasuk pangkalan Jambu, Ibrahim Pencen dan Paun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI