PETALING JAYA – ‘Sepanjang kita jual, tidak ada satu pun jenazah kata kain ini panas’.
Itu antara komen balas seorang penjual kit jenazah ketika ditanya pengguna mengenai kain kafan yang dijualnya semasa sedang bersiaran langsung di media sosial.
Tambah menarik siaran langsung yang dikendali wanita itu turut memaparkan aksi sebenar ‘jenazah’ yang mengenakan kain kafan yang dijual dalam kit jenazah terbabit.
Seloroh penjual itu lagi, kain kafan yang dijual itu juga diakui sejuk oleh ‘jenazah’ yang memakainya.
“Bila kita tanya tu (tanya jenazah) encik-encik rasa berpeluh tak? Dia (jenazah) jawab tak, kita pegang dia pun sejuk, pegang kulit pun sejuk.
“Badan, tubuh yang kaku tu pun kita pegang sejuk,” selorohnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan balas wanita terbabit dan mereka telah meninggal pelbagai reaksi pada hantaran tersebut.
“Buatnya pemakai (jenazah) tu cakap panas, menggelupur satu rumah. Tiba-tiba dia cakap gatal la kain ni, haru weh,” tulis Ninnie Faridah.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Afiqah Ariffin.
“Kalau la jenazah boleh cakap terabur habis orang kampung, netizen macam-macam hal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE