fbpx

[VIDEO] Lapan tahun, akhirnya mama jumpa Mr. D

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan tukang gunting rambut yang sedang mengunting rambut kanak-kanak tersebut.

PETALING JAYA – Selepas lapan tahun, akhirnya penantian seorang wanita berbaloi apabila menemukan seorang tukang gunting rambut yang berjaya ‘menawan’ hati anaknya yang juga kanak-kanak autistik.

Menerusi video dimuat naik di TikTok oleh Imashariza, tukang gunting rambut dikenali Mr. D, sabar memotong rambut dan melayan kerenah anaknya yang tidak gemar memotong rambut kerana melibatkan isu deria.

“Aish (anak) memukul dan menarik janggut Mr. D, tetapi Mr. D menasihati saya supaya tidak risau dan membiarkan sahaja. Dia tengah stres sebab tidak biasa,” katanya.

Tambahnya, Mr. D bukan sahaja melayan mesra anaknya, tetapi turut memberi nasihat mengenai pentingnya menjaga anak istimewa dengan baik.

“Kalau jaga dia baik-baik, banyak pahala dan boleh masuk syurga. Mungkin di dunia ini dia adalah ujian terbesar, tetapi di sana nanti dia akan menjadi hadiah untuk kamu,” ujar Mr. D kepada Imashariza.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dengan layanan dan nasihat yang diberikan oleh tukang gunting rambut berkenaan.

“Bagus betul Mr. D. Saya juga ada anak autisme. Pernah saya bawa pergi kedai gunting rambut, tetapi ditolak kerana anak saya tidak pandai duduk diam. Bukan senang nak gunting rambut anak autisme, macam-macam kerenah,” luah Siti Nurhidayah.

“Mr. D memang terbaik. Anak saya pun sebelum ini saya bawa ke tempat Mr. D. Alhamdulillah, sekarang anak saya sudah boleh duduk diam bila nak gunting rambut,” kata Bulan Biru.

“Ayat Mr. D sangat menyentuh hati saya. Terima kasih, Mr. D, kerana menjadi insan yang baik,” ujar Fatin. – KOSMO! ONLINE

@imashariza Mama dah ada tempat fav baru untuk potong rambut abang … Thank you Mr D sbb santuni anak autism kami ❤️ #autismawareness #autismacceptance #austismhaircut #keletahaisyaryan #aisyaryanjourney ♬ suara asli – Penyair Emosian

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI