fbpx

Pemotong rumput ditahan letak bungkusan menyerupai bahan letupan di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan menyerupai bahan letupan yang dijumpai diletakkan oleh seorang lelaki di sebuah masjid di kawasan Senadin, Miri.

MIRI – Seorang pemotong rumput ditahan kerana disyaki meletakkan dua bungkusan menyerupai bahan letupan di sebuah masjid di kawasan Senadin, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan susulan laporan yang diterima mengenai penemuan bungkusan itu kira-kira pukul 1 tengah hari, semalam.

“Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri hadir di tempat kejadian dan mengambil tindakan.

“Hasil siasatan, pihak polis mengesahkan bahawa bungkusan tersebut bukan bahan letupan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson berkata kes disiasat dibawah Seksyen Kanun 298/506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI