fbpx

Palsukan kad UNCHR, lelaki Myanmar dijel 5 tahun, denda 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar dihukum penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), dua bulan lalu.

Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu terhadap Rezouddin Shamshuddin, 31, selepas tertuduh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini. Hukuman penjara itu juga diperintahkan ditambah lagi 12 bulan, jika gagal bayar denda.

Mengikut pertuduhan, Rezouddin didakwa memalsukan sekeping kad UNCHR atas nama Humairah Nobi Husseim dengan tujuan untuk menipu di sebuah pangsapuri di Sentul di sini antara 18 dan 26 September lalu.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana kes berkenaan melibatkan isu keselamatan negara.

Bagaimanapun Rezouddin yang tidak diwakili peguam memohon hukuman rendah atas alasan menanggung seorang isteri dan bayi berusia 11 bulan di Myanmar.

Mengikut fakta kes, pada 25 September lalu, pukul 12.40 tengah hari, pengadu yang merupakan pegawai kanan polis yang bertugas di Bahagian E3 Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama pegawai dan anggota telah membuat serbuan dan menangkap tertuduh di rumah sewanya.

Hasil serbuan menemui pelbagai peralatan yang digunakan oleh tertuduh bagi memproses kad UNHCR palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI