fbpx

MR D.I.Y PLUS dibuka di The Mall, Mid Valley Southkey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Goh (tengah) bersama pengurusan tertinggi Kumpulan MR D.I.Y pada pembukaan MR D.I.Y PLUS di pusat beli belah The Mall, Mid Valley Southkey.

JOHOR BAHRU – Peruncit perkakas rumah, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad melancarkan kedai utama mereka iaitu MR D.I.Y. PLUS terbaharu di pusat beli-belah The Mall, Mid Valley Southkey, di sini hari ini.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, kedai tersebut mengguna pakai konsep permata dengan reka bentuk cermin, karya seni berlian merah delima dan corak geometri yang diinspirasikan sejarah nama Johor iaitu Jauhar.

Katanya, setiap sudut di kedai utama MR D.I.Y. PLUS bakal mencipta pengalaman bermakna untuk setiap pengunjung.

“Sebagai peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, kami komited membawa konsep segar yang menarik perhatian pelanggan. Tema permata adalah penghormatan kepada Johor sebagai negeri progresif dan dinamik.

“Perkembangan Johor Bahru yang pesat menjadikannya lokasi ideal untuk kedai utama ini. Kami berhasrat menjadi lebih daripada sekadar peruncit tetapi sebahagian komuniti ini.

“MR D.I.Y PLUS di The Mall, Mid Valley Southkey menyediakan pengalaman membeli yang menarik, memenuhi keperluan harian, meraikan semangat Johor dan pastinya sentiasa menawarkan ‘Always Low Prices’,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan rasmi premis berkenaan hari ini.

Menurut Alex, kedai utama MR D.I.Y PLUS itu merupakan premis ke-1,300 kumpulan dengan keluasan 33,000 kaki persegi dan menawarkan lebih 17,000 produk jenama Kumpulan MR D.I.Y. iaitu MR D.I.Y., MR. DOLLAR, MR. TOY dan EMTOP.

“Pelbagai aktiviti disediakan dengan tawaran dan promosi menarik bermula hari ini sehingga 24 November ini sebagai sebahagian sambutan pembukaan,” katanya.

Kedai sulung MR D.I.Y. PLUS dilancarkan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 2022.

Jenama MR D.I.Y. dilancarkan pada tahun 2005 diikuti MR TOY pada 2019, MR DOLLAR (2020) dan MR D.I.Y Express (2021) disusuli MR D.I.Y. PLUS. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI