fbpx

Malaysia – Brazil digesa manfaatkan kekuatan masing-masing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil daripada industri semikonduktor Malaysia dan Brazil, di Brazil, hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia dan Brazil digesa supaya memanfaatkan kekuatan satu sama lain dan meningkatkan kerjasama Global South.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, ia boleh dilakukan menerusi industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil daripada industri semikonduktor Malaysia dan Brazil, di Brazil, hari ini.

Menurut beliau, mesyuarat itu juga membincangkan kepentingan bagi Malaysia untuk memperkukuhkan kerjasama dalam pengeluaran dan pembangunan bakat.

“Ia juga sambil mengambil kira kedudukan berkecuali Malaysia dan Brazil di tengah-tengah ketegangan geopolitik serta keperluan untuk memastikan daya tahan rantaian bekalan global,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Anwar Ibrahim selamat tiba di Rio de Janeiro, Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20.

Program di Brazil dimulakan dengan sesi diskusi santai bersama komuniti Islam di sana dengan mengadakan perbincangan dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah di negara berkenaan.

Anwar menyatakan komitmen Malaysia dalam membantu terkait urusan halal selain usaha memartabatkan Islam menerusi pendidikan dan dakwah kepada komuniti Islam di Brazil.

“Selain itu, Malaysia juga akan menggerakkan usaha membantu aktiviti masjid tunggal di Rio de Janeiro iaitu Masjid Luz.

“Saya turut sampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di sini selain menyerahkan senaskah al-Quran cetakan khas, manakala 10 naskah lagi adalah terjemahan dalam bahasa Portugis,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI