BANGKOK – Seorang lelaki ditahan selepas menyerang seorang pegawai polis di balai dan melanggar keretanya, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Choo-ai Phongthin, 48, menceroboh Balai Polis Tha Chatchai, Phuket pada pukul 2.50 pagi (waktu tempatan) semalam.
Dia terus menuju ke pejabat pegawai penyiasat, Leftenan Kolonel Polis Akkaraphon Wilai lalu menyerang mangsa menggunakan pisau.
Selepas bergelut selama beberapa minit, Choo-ai melarikan diri ke wilayah Phang Nga.
Pegawai polis tersebut pula dibawa ke hospital kerana cedera pada dahi dan lengan.
Selepas siasatan, suspek kemudian dikesan menerima rawatan di Hospital Phang Nga.
Dia diberkas dan dibawa kembali ke Phuket untuk disoal siasat.
Motif di sebalik serangan itu dipercayai disebabkan rasa dendam kerana suspek pernah ditangkap atas kesalahan merosakkan harta benda orang lain. – AGENSI