fbpx

Lapan negeri dilanda hujan lebat, ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat dan ribut petir sedang berlaku di lapan negeri petang ini.

Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 5 petang itu melibatkan seluruh kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di Perak melibatkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi Kelantan pula, cuaca buruk dijangka tertumpu di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya.

Dalam pada itu, amaran turut diberikan di Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan, manakala di Pahang hanya melibatkan Bentong.

Amaran ribut petir juga tertumpu di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah di Sarawak dan Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI