fbpx

Indonesia belum kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Indonesia, Rizky Ridho Ramadhani (kiri) melakukan terjahan ke atas pemain sayap Jepun, Kaoru Mitoma ketika tewas 0-4 pada Jumaat lalu. - AFP

JAKARTA – Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong enggan dipalit rasa kesal, sebaliknya kekal bercita-cita besar untuk mencipta sensasi dalam perebutan tempat ke Piala Dunia 2026.

Selepas mengharungi separuh perjalanan pusingan ketiga, skuad Garuda kini berada di kedudukan paling bawah Kumpulan C tetapi jurulatih itu masih menaruh keyakinan anak-anak buahnya mampu meraih keputusan lebih baik selepas ini.

“Saya mahu mengharungi pusingan ketiga kelayakan tanpa ada rasa kesal dan saya berharap kami mampu mara ke pusingan seterusnya. Saya tidak boleh beri jaminan tetapi saya mahu berikan cabaran.

“Sebagai pengurus pasukan, saya tidak dapat elak daripada terima tekanan dan saya perlu menerimanya. Saya mahu pemain bekerja sebagai satu pasukan dan terus mencabar slot ke pusingan playoff,” katanya.

Terbaharu, Indonesia tewas 0-4 kepada Jepun dalam aksi di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan kini hanya mampu meraih tiga mata daripada lima perlawanan awal.

Untuk rekod, dua pasukan teratas automatik layak ke Piala Dunia, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan mara ke satu lagi pusingan kelayakan.

Indonesia kini sedang mencuba untuk layak buat kali pertama sejak merdeka daripada Belanda pada 1945 di mana kali terakhir mereka layak adalah pada 1938 yang ketika itu masih dikenali sebagai Dutch East Indies. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI