PETALING JAYA – Kejayaan syarikat Yinson Holdings Bhd Malaysia, Maria Quitéria yang berjaya memperoleh pengeluaran minyak pertamanya, baru-baru ini membuktikan Malaysia mempunyai kepakaran dan kemahiran yang diiktiraf di peringkat global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, kejayaan itu menandakan permulaan kontrak tetap projek dengan kadar sewa harian yang ditetapkan dibayar kepada Yinson Production sehingga tahun 2047.
Kapal terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Maria Quitéria merupakan aset kedua Yinson Production yang telah dihantar untuk Petrobras, yang menyusuli kejayaan penghantaran FPSO Anna Nery pada Mei 2023.
“FPSO Maria Quitéria juga mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 100,000 tong minyak sehari (bpd) dan kapasiti penyimpanan sebanyak satu juta tong.
“Saya yakin dan percaya syarikat ini mampu menyumbang kembali kepada negara dengan pelaburan yang lebih bermakna,” katanya menerusi Facebook, hari ini. KOSMO! ONLINE.