fbpx

EPL: Nistelrooy sanggup tunggu peluang kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISTELROOY dilapor bersedia menolak beberapa tawaran demi menanti peluang untuk kembali ke Old Trafford. - AFP

MANCHESTER – Bekas pengendali interim Manchester United, Ruud Van Nistelrooy dilapor bakal menolak semua tawaran demi keinginannya untuk kembali ke Old Trafford pada musim panas tahun depan.

Nistelrooy dilantik sebagai pembantu pengurus pada musim panas lalu sebelum menjadi pengurus sementara selepas pemecatan Erik Ten Hag dengan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan dengan meraih tiga kemenangan sebelum ini.

Bagaimanapun, ketibaan Ruben Amorim sebagai pengurus baharu menyaksikan nama Nistelrooy tidak berada dalam senarai staf kejurulatihan sekali gus menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan pasukan itu.

Bagaimanapun, Andre Ooijer yang menjadi staf kejurulatihan Nistelrooy ketika di PSV sebelum ini mendedahkan bahawa rakannya itu masih terbuka untuk menyertai Amorim dan sanggup menolak tawaran lain.

“Ruud mahu kekal sebagai pembantu pengurus. Beliau akan memberitahu sekiranya tidak berminat, tetapi itu tidak berlaku.

“Beliau mempunyai peluang untuk menjadi pengurus atau ketua jurulatih di kelab lain, tetapi enggan mengambil tugas tersebut kerana mahu berkhidmat di kelab yang disayanginya itu.

“Jangan lupa bahawa Ruud telah melakukan tugasnya dengan baik sebelum ini, rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan termasuk mengikat Chelsea.

“Jika Amorim gagal mendapatkan keputusan yang baik untuk beberapa perlawanan awal, saya tidak terkejut jika ada peminat yang akan mula menjerit melaungkan nama Ruud,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI