fbpx

Dadah syabu bernilai RM6 juta dirampas di Setiu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi (tiga dari kanan) menunjukkan sebahagian bungkusan teh Cina disyaki mengandungi dadah jenis syabu pada sidang akhbar di IPD Setiu hari ini.

SETIU – Hasrat sindiket untuk mengedar 200 kilogram dadah disyaki syabu bernilai RM6 juta ke Lembah Klang terbantut apabila berjaya dipatahkan sepasukan polis di Kampung Guntung Luar di sini pada kelmarin.

Rampasan dadah terbesar di Terengganu pada tahun ini tersebut dilakukan dalam operasi pada pukul 11.45 pagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, siasatan awal percaya bekalan dadah berskala besar itu dibawa dari sempadan negara jiran.

Beliau berkata, laluan negeri ini dan Kelantan telah dijadikan sebagai transit untuk membawa dadah terbabit ke Lembah Klang.

“Sindiket tersebut menggunakan taktik membawa dadah disyaki syabu tersebut dengan berselindung di sebalik bungkusan teh Cina.

“Kuantiti dadah yang berjaya dirampas terbabit mampu membekalkan kepada lebih 200,000 penagih dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Vellfire yang membawa bekalan dadah itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di Kampung Bintang di sini.

Tambah beliau, kenderaan itu kemudiannya dikejar sebuah kereta peronda polis sejauh kira-kira lima meter sebelum ia terlibat dalam kemalangan di Jalan Hujung Kampung Guntung di sini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI