fbpx

Cuaca buruk di Pahang, Kelantan, Johor sehingga Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA– Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia sehingga Sabtu, 23 November 2024.

Antara kawasan yang terlibat di Pahang ialah Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor pula, kawasan yang dijangka terkesan ialah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Bagaimanapun, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 23 November ini, di seluruh kawasan di Terengganu, (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) di Kelantan, dan (Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) di Pahang.

“Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di seluruh kawasan di Melaka, serta di Negeri Sembilan yang melibatkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Bagi negeri Johor pula, amaran sama juga diberikan di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga 20 November ini,” katanya.

Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI