fbpx

‘Biar orang buat kita.. Sabar’ – Aida Aris akhirnya bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aida mengambil pendekatan berdiam diri daripada memberikan maklum balas terhadap dakwaan bekas adik iparnya.

PETALING JAYA – Didakwa liat melunaskan hutang melebihi RM200,000, pelakon Aida Aris mengambil pendekatan berdiam diri daripada memberikan maklum balas terhadap dakwaan bekas adik iparnya.

Aida atau nama sebenarnya Siti Rohaida Mat Aris, 52, berkata, tindakan sedemikian diambil bukan disebabkan takut, sebaliknya mengikut nasihat ibu agar bersabar apabila menghadapi dugaan.

“Aku diam bukan takut. Aku diam sebab mak pernah pesan ‘biarlah orang buat kita.. sabar,” katanya dalam perkongsian di laman sosial.

Begitupun, pelakon asal Singapura yang sudah tiga dekad berada dalam arena seni itu meminta kepastian daripada pengikutnya mengenai keputusan dibuat.

Dia bertanya perlukah dirinya tampil selepas menjadi sebutan dalam media sosial susulan pendedahan dibuat bekas adik ipar di sebuah program televisyen dan Instagram.

“Patut ke aku tampil?” ujarnya ringkas.

Menerusi hantaran lain, Aida menzahirkan terima kasih terhadap mereka yang memberikan sokongan ketika dia berdepan dugaan tersebut.

Bahkan, dia juga bersyukur dan mengakui doa seorang ibu itu memang ada walaupun individu tersebut sudah lama meninggal dunia.

“Terima kasih semua. Doa mak tak pernah putus walaupun mak dah tak ada. Al-Fatihah buat mak dan abah,” tulisnya.

Terdahulu, individu dikenali sebagai Ziela Rashid membuat pendedahan mendakwa Aida enggan melunaskan hutang sebanyak RM208,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu.

Wanita itu sebelum ini mengakui tidak menyangka pelakon yang telah diisytiharkan muflis itu sanggup melarikan diri dan enggan membayar hutang yang melibatkan dirinya serta suami.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI