fbpx

Barulah rock! Konsert hampir 3 kilometer dalam tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
The Miners & Sons membuat konsert dari bawah tanah Lombong Kidd. - Facebook

TORONTO, KANADA  –  Sebuah kumpulan muzik dari Kanada memecahkan  Guinness World Records selepas mengadakan  konsert pada kedalaman 2,469.9 meter di bawah tanah, lapor agensi berita United Press International.

Kumpulan dinamakan The Miners & Sons itu menempa rekod dunia kategori konsert bawah tanah paling dalam di dunia.

The Miners & Sons melakukan percubaan tersebut di dalam Lombong Kidd, bandar Timmins.

“Selama 68 tahun, batu (rock) dibawa keluar dari lombong ini. Justeru, kami hanya menggunakan sehari untuk membawanya masuk semula (muzik rock),” kata salah seorang ahli kumpulan itu, Norm Dwyer.

Rekod sebelumnya dipegang oleh kumpulan muzik Shaft Bottom Boys, juga di dalam sebuah lombong di Sudbury, Kanada pada tahun 2020 dengan catatan kedalaman 1,893 meter. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI