fbpx

Anwar dipelawa melawat Tajikistan – Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah ketika mengadakan pertemuan bersama Sherali hari ini.

PETALING JAYA – Presiden Republik Tajikistan, TYT Emomali Rahmon mempelawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat negara terbabit.

Jemputan tersebut diwakilkan Emomali kepada Menteri Industri dan Teknologi Baharu Republik Tajikistan, Sherali Kabir semasa mengadakan lawatan ke Malaysia hari ini.

Ketibaan Sherali itu disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof diringi Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Mad Zaidi Mohd. Karli.

Menerusi pertemuan itu kata Fadillah, selain menyampai jemputan tersebut, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk meningkatkan jalinan kerjasama dua hala.

Jelasnya, kerjasama terbabit melibatkan bidang pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, pemeliharaan dan pemuliharaan air serta pelancongan.

“Tajikistan merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber mineral dan antara negara pengimport minyak sawit Malaysia.

“Kami bertukar pandangan mengenai usaha meningkatkan jalinan kerjasama dua hala khususnya dalam bidang pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, pemeliharaan dan pemuliharaan air, dan pelancongan,”tulisnya di laman Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI