fbpx

Warga asing korek mata lelaki tempatan direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian pergaduhan di Flat Rathina, Tasek Gelugor.

SEBERANG PERAI – Lelaki warga asing yang mengorek keluar bebola mata seorang lelaki tempatan dalam kejadian pergaduhan berhampiran Flat Rathina, Tasek Gelugor di sini semalam direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, suspek direman bermula hari ini hingga Rabu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Suspek berusia 30-an itu ditahan Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Tasek Gelugor sejurus kejadian tersebut. Keterangan mangsa tidak dapat dirakam kerana sedang menjalani pembedahan mata di Hospital Pulau Pinang,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki tempatan kehilangan bebola mata kirinya akibat dikorek warga asing dalam kejadian pergaduhan berhampiran flat di Jalan Ara Kuda, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 52 tahun yang dipercayai mabuk dikatakan telah mengganggu suspek menyebabkan warga asing itu naik angin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI