fbpx

UNL: Ronaldo bukti usia hanya nombor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO terus membuktikan ketajamannya apabila meledak satu gol ketika membantu Portugal menewaskan Poland awal pagi semalam. - AFP

PORTO – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi membuktikan usianya tidak memberi kesan besar kepada prestasi apabila menghasilkan dua gol untuk membantu Portugal menang 5-1 ke atas Poland di Liga Negara-Negara Eropah (UNL), awal pagi semalam.

Kemenangan itu membolehkan Portugal mengesahkan tempat ke suku akhir UNL musim ini.

“Aksi di babak pertama agak teruk berbanding apa yang kami mahu lakukan dimana ami hilang fokus dan dihimpit kekecewaan. Namun selepas itu kita dapat lihat yang kami beraksi baik.

“Kami merubah mentaliti, meningkatkan intensiti permainan dan saling beri sokongan. Akhirnya kami tidak benarkan Poland bermain dengan cara mereka,” kata pengendali Portugal, Roberto Martinez.

Rafael Leao, Bruno Fernandes dan Pedro Neto melengkapkan tiga lagi gol buat Portugal manakala jaringan saguhati Poland dijaringkan oleh Dominik Marczuk.

Portugal kekal tanpa kalah dalam lima aksi peringkat kumpulan dan kini mengumpul 13 mata hasil empat kemenangan dan sekali seri.

Croatia yang berpeluang untuk mengesahkan tempat sekurang-kurangnya di kedudukan kedua terpaksa menanti perlawanan terakhir selepas tewas 0-1 kepada Scotland. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI