GOMBAK – Dua lelaki dan seorang wanita cedera selepas sebuah lori melanggar 11 kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.09 petang.
Katanya, seramai tujuh anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, terdapat kemalangan melibatkan lori lima tan yang melanggar 11 buah kereta dan sebuah motosikal.
“Tiga mangsa berusia 43 hingga 65 tahun cedera. Mereka diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.