MOMEN air mata Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang atau Opai ketika menghantar anak lelaki, Adam Aisy Arrian melanjutkan pengajian di sebuah sekolah tahfiz baru-baru ini mengundang pelbagai respons positif daripada netizen.
Bukan kecaman, sebaliknya ribuan pujian membanjiri media sosial Fatin dan Apai kerana berjaya mendidikan anak lelaki mereka mengikut ajaran Islam.
Meski terlalu awal untuk dipuji, ramai mula menyimpan hasrat untuk menjadikan Fatin dan Apai sebagai ibu bapa contoh.
“Terbaik betul Fatin dan Opai. Respek!
“Hanya ayah tiri tapi Opai sudah melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Siapa yang kecam dia dulu cepat minta maaf!
“Mereka mampu hantar anak belajar di luar negara tetapi memilih untuk masukkan anak ke sekolah tahfiz. Contoh yang baik untuk semua ibu bapa,” puji netizen.
Sebenarnya, Diva pun sebak melihat video lafaz ikrar itu. Semoga Adam membesar jadi anak yang soleh dan tarik ibu bapa ke syurga.
DIVA: Geli hati lihat gelagat Khawla, anak Syamel dan Ernie Zakri yang tersipu malu setiap kali bertemu Aziz Harun.