fbpx

Piala Skuasy Ace 2024: Sivasangari kempunan di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINA berjaya menewaskan Sivasangari pada perlawanan akhir Piala Skuasy Malaysia 2024, di The Curve Damansara sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Bintang skuasy negara, S. Sivasangari mengalami kekalahan mengejut di laman sendiri apabila tewas kepada pemain muda berusia 17 tahun dari Mesir, Amina Orfi dalam perlawanan akhir Piala Skuasy ACE Malaysia 2024 sebentar tadi.

Amina yang kini menduduki ranking ke-10 dunia, mengejutkan pemain pilihan tuan rumah dengan merangkul gelaran profesional keduanya menerusi kemenangan 8-11, 11-9, 12-10, 8-11, 11-6 di The Curve Damansara.

Sivasangari memulakan perlawanan dengan cemerlang, memenangi set pertama 11-8, namun momentum itu berubah apabila Amina mempamerkan ketahanan mental luar biasa untuk merebut tiga set berikutnya dengan permainan agresif dan taktikal yang licik.

Keadaan menjadi lebih mencabar buat Sivasangari apabila penalti tiga mata dikenakan oleh juri pada set penentuan (3-8) yang nyata mematahkan usahanya untuk mengheret perlawanan ke penghujung.

Kekalahan tersebut menamatkan rekod cemerlang Sivasangari yang tidak pernah tewas satu set pun sepanjang kejohanan sehingga perlawanan akhir.

Ia juga menyekat peluangnya untuk meraih gelaran kedua tahun ini selepas kemenangan di London Classic pada April.

Seterusnya, pemain berusia 25 tahun itu akan meneruskan cabaran di Kejohanan Skuasy Terbuka Singapura yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 24 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI