fbpx

Peminjam PTPTN tidak bayar hutang berdepan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry ketika sidang akhbar di UIAM hari ini. Gambar M FIRDAUS M JOHARI/KOSMO!

GOMBAK – Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menjelaskan, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang langsung tidak membuat pembayaran adalah individu yang perlu diambil penekanan.

Jelas Menteri Pengajian Tinggi itu, golongan tersebut adalah golongan yang perlu diberi perhatian serius sebelum tindakan lain diambil oleh pihak PTPTN.

“Kita faham, ada golongan pekerja yang sudah mula membayar pinjaman, tetapi sekarang tidak bayar. Kita kena lihat keadaan dan status kerja mereka, semua benda kita akan halusi dan pertimbangkan.

“Apa yang penting adalah interaksi mereka dengan pihak PTPTN agar tahu status dan keadaan mereka sekarang, bagi saya perhatian serius perlu diberikan kepada peminjam yang langsung tidak buat pembayaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan skrol kepada 565 graduan ketika Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke 40 di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, seramai 430,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) gagal membuat bayaran balik pinjaman melibatkan sebanyak RM6 bilion.

Zambry berkata, semua peminjam berkenaan dikesan tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik kepada PTPTN walaupun diketahui kebanyakan daripada mereka telah mempunyai kerjaya masing-masing.

Beliau berkata jumlah pinjaman yang tidak dibayar semula itu sentiasa meningkat saban tahun dan ia sememangnya memberi kesan langsung kepada kedudukan kewangan PTPTN. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI