fbpx

Peminat ‘marah’ Anuar Zain kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECOH kononnya Anuar Zain sudah berkahwin.

MEDIA sosial sering dijadikan platform mendapatkan maklumat atau rujukan mengenai perkembangan isu semasa.

Namun, tidak dinafikan ada juga pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan semata-mata mahu meraih perhatian dan populariti.

Bagi mereka, paling penting video yang dikongsi perlu berada dalam senarai FYP tanpa mengira sama ada berita tersebut sahih atau tidak.

Begitu juga dengan kejadian minggu lalu apabila tular kononnya penyanyi terkenal Anuar Zain telah mendirikan rumah tangga.

Tanpa perlu penjelasan daripada tuan badan, peminat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu tidak bertanggungjawab itu.

Meletakkan gambar seorang wanita yang dilihat dalam persalinan pengantin sementara Anuar pula berbaju Melayu rona ungun bersama kapsyen tahniah dan selamat pengantin baru Anuar Zain sudah pasti mengundang kemarahan ramai.

Biarpun dikritik, pengguna akaun TikTok itu dilihat tidak mengendahkan teguran atau memadam video tersebut.

Apa-apa pun Diva ingin mengingatkan pengguna media sosial agar tidak terlalu obses mengejar populariti. Bimbang apa yang diharapkan itu akhirnya makan diri sendiri.

Sebaiknya gunakan platform media sosial ke arah ke kebaikan dan mendatangkan manfaat kepada banyak pihak.

Diva: Zaman sekarang bukan hanya netizen, artis dan pempengaruh pun guna media sosial untuk popular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI