fbpx

Pemandu mabuk langgar mati suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal dinaiki mangsa setelah dilanggar pemandu mabuk di Jalan Besar, Pasir Gudang, Johor Bahru, awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Pasangan suami isteri maut setelah motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di simpang empat lampu isyarat di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa lelaki berusia 37 tahun bersama isteri yang berusia 36 tahun mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu melibatkan motosikal jenis Honda Vario dinaiki pasangan itu dengan kereta Perodua Alza yang datang dari arah Jalan Besar menghala ke Lebuh Raya Pasir Gudang.

“Sampai di lokasi kejadian iaitu laluan simpang empat berlampu isyarat, pemandu kereta itu meneruskan perjalanan dalam keadaan lampu isyarat merah menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang,” katanya kepada pemberita hari ini.

“Ia menyebabkan berlaku pelanggaran dengan pasangan suami isteri terbabit. Pemandu kereta, iaitu lelaki berusia 34 tahun ditahan kerana dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI