KUALA LUMPUR – Skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) A melangkah ke pentas final dalam kategori bawah 12s (B-12) tahun Piala Supermokh 2024 selepas menewaskan NFDP B, 3-1.
Skuad bimbingan Abdul Ghani Malek memulakan aksi dengan penuh menyakinkan apabila melancarkan serangan sebaik wisel perlawanan dibunyikan.
Usaha berterusan penyerang utama, Badrul Hazim akhirnya membuahkan hasil apabila rembatan padunya dari luar kotak penalti pada minit 10 berjaya menewaskan penjaga gawang NFDP B, Mohd Aqil Aqasha untuk kedudukan 1-0.
NFDP A semakin selesa didepan apabila Badrul Hazim meledak gol kedua peribadi dan pasukan selang 12 minit kemudian .
Memasuki babak kedua, giliran NFDP B pula dilihat lebih banyak menguasai perlawanan yang memberikan tekanan buat lawan.
Ketika NFDP B ghairah menyerang memburu gol, Mohd Haziq Mohd Amiruddin selaku penjaring gol ketiga buat NFDP A pada minit ke 33.
Kerja keras NFDP B memburu gol akhirnya berhasil menerusi rembatan deras Muhammad Farhan Darwisyh gagal diselamatkan Muhammad Aqil Hazwan yanh sebelum itu kental mengawal gawang NFDP A.
Gol tersebut nyata menaikkan semangat anak didik Hassan Sazali Waras untuk terus memburu gol kedua namun keputusan 3-1 itu kekal sehinggalah tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE