fbpx

MEDIU cipta nama di tangga kedua senarai 10 universiti terbaik di Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencapaian MEDIU kini semakin diiktiraf dan mendapat perhatian pelajar dari antarabangsa untuk mendaftar masuk ke pusat pengajian tersebut.

PETALING JAYA – Al-Madinah International University (MEDIU) terus mencipta nama dalam dunia pendidikan tinggi negara dengan pencapaian yang membanggakan dalam QS Asia University Rankings 2025.

Menerusi Penunjuk Pelajar Antarabangsa, universiti berkenaan telah berjaya telah menduduki tempat kedua antara 10 universiti terbaik di Asia sebagai destinasi menarik untuk pelajar antarabangsa.

Kejayaan itu melibatkan penunjuk bagi pelajar antarabangsa dan Fakulti Antarabangsa.

Selain MEDIU, Universiti Segi menduduki tempat ke lima, Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (keenam), Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (ke lapan), dan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia di kedudukan ke sembilan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Datuk Dr. Saeed Niwifea Alhazmi berkata, pengiktirafan itu menjadi bukti pengaruh universiti tersebut yang semakin berkembang dan terkenal di peta pendidikan antarabangsa.

Menurut beliau, program online MEDIA telah memberi banyak kemudahan kepada golongan bekerja tanpa meninggalkan kerjaya masing-masing kerana pengajian boleh dipelajari di mana-mana sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang memberi pendidikan kepada masyarakat di peringkat dunia.

“Kedudukan ini mencerminkan dedikasi kami yang teguh terhadap pendidikan dalam menyediakan dan memberikan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar peringkat pengajian tinggi.

“Melalui budaya inovasi berterusan dalam pengajaran, penyelidikan dan kerjasama, kami komited sebagai sebuah universiti antarabangsa terkemuka yang menggalakkan pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek untuk berkhidmat kepada manusia dan untuk menggalakkan kemajuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

MEDIU yang ditubuhkan sejak 2007 merupakan sebagai sebuah universiti antarabangsa di Shah Alam sebelum berpindah ke Kampus Utama di Desa Petaling pada 2018.

Ia ditubuhkan hasil kerjasama Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi adalah sebagai universiti berkonsep wakaf yang ketika itu dikenali peneraju universiti maya atau dalam talian sebelum memulakan pengajian dalam kampus pada 2010.

MEDIU kini mempunyai lebih 3,000 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di kampus secara konvesional dan secara jarak jauh atau atas talian terdiri 96 buah negara dengan penyediaan lebih 94 kursus akademik yang telah memperolehi akradetasi dari Agensi Kelayakan Malaysia.

Tidak hanya tertumpu kepada Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja, bahkan MEDIU turut menawarkan pengajian dalam bidang kewangan, Akaun, Pengurusan Perniagaan, Pendidikan dan juga Teknologi Maklumat.

Institusi pengajian tinggi swasta itu juga berjaya dengan memperkenalkan pengajian secara percuma kepada pelajar yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysiayang akan mengikuti Program Asasi (Pra Ijazah) dalam Bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam.

Program itu bertujuan bagi memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk menyambung pengajian mereka di peringkat menara gading dan persediaan selama setahun bagi mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

Ia bagi memastikan tidak ada yang ketinggalan dalam mengejar arus pembangunan di peringkat tinggi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI