NEW YORK – Seorang lelaki membeli-belah di sebuah pasar raya di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) dengan dibantu seekor kuda padi, lapor akhbar New York Post semalam.
Pembeli yang identitinya tidak diketahui itu dikatakan mempunyai masalah untuk berjalan dan dia perlu bersandar pada kuda.
Dia dilihat membeli-belah di pasar raya Wegmans Woodbridge.
Menurut pihak pengurusan pasar raya itu, lelaki berkenaan sering membawa kudanya untuk membeli-belah.
“Saya benar-benar tidak menyukai perhatian yang saya terima. Saya cuba memadamkan (video yang beredar di media sosial),” kata lelaki berkenaan yang enggan namanya disiarkan.
Menurut portal berita NJ Patch, lelaki berkenaan mempunyai masalah untuk bergerak, manakala kuda padi tersebut adalah seekor haiwan perkhidmatan yang didaftarkan secara sah.
Ia digunakan untuk membantu lelaki tersebut membeli-belah, lapor NJ Patch. – AGENSI