fbpx

ICWC 2024 promosi budaya dunia antara benua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model berpakaian tradsional untuk gimik promosi pelancaran ICWC 2024 yang akan bermula pada 19 November ini.

PETALING JAYA –  Lebih daripada 40 buah negara bakal menyertai Intercontinental World Cultures (ICWC) 2024 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 19 November ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Program anjuran Udsmedia Sdn. Bhd. buat tahun kedua bersempena  Smart Nation Expo 2024 itu  dilihat sebagai usaha syarikat untuk menyatukan negara dari seluruh dunia dalam kepelbagaian perayaan, mencetuskan hubungan dan komunikasi yang bergema di luar sempadan.

 Menurut kenyataan yang dikeluarkan, misi ICWC 2024 dilihat sebagai  pesta kebudayaan dan komunikasi, selain untuk memperjuangkan pandangan budaya serta komunikasi secara inklusif sebagai nadi komuniti global yang bersatu. 

“Ini bukan acara biasa buat pengunjung kerana ia menjanjikan pengalaman baharu mengenali dunia luar melalui pemandangan, bunyi dan cerita.

 

“Daripada pameran yang menarik perhatian, sehingga ke acara perbincangan panel professional yang meningkatkan pengetahuan umum serta persembahan pentas, ICWC 2024 pasti akan membuatkan pengunjung yang hadir akan terpikat,” katanya.

 

Jelas kenyataan tersebut, acara selama tiga hari itu akan menampilkan pameran antarabangsa yang menyerlahkan tradisi unik, inovasi dan kisah negara di seluruh dunia selain persidangan antarabangsa.

Persidangan itu akan menghimpunkan pemimpin industri dan pakar budaya untuk membincangkan bagaimana budaya boleh menjadi penggerak dalam komunikasi dan pertumbuhan ekonomi.

Kenyataan itu menambah, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dengan tarian tradisional, muzik dan seni yang melukiskan gambaran kekayaan warisan dunia.

Menurutnya lagi, pertunjukan gabungan fesyen pula akan menampilkan reka bentuk yang memberi penghormatan kepada Malaysia untuk diperkenalkan di mata dunia.

Selain itu, ICWC turut diserikan pertunjukan fesyen pakaian tradisional oleh Malaysian Global Runaway akan menyaksikan kemunculan Mrs Diva International 2022 dan Naib Juara Mrs International Glam Icon 2022 yang akan memperagakan pakaian tradisional.

Turut diadakan forum pendidikan yang mengadakan perbincangan  bagi meneroka kepentingan literasi budaya dan dialog antara budaya selain pertandingan sajak yang bakal menyuntik semangat ekspresi budaya.

“ ICWC 2024 juga bukan sekadar acara namun gerakan yang merangkumi budaya sebagai tonggak penting dalam kemajuan komunikasi.

“Pengunjung boleh mendapat ilham daripada tenaga pengalaman yang terlibat dalam dialog yang mampu memupuk empati dan hubungan.

 “Ini kerana ICWC 2024 bertujuan untuk mempromosikan dunia di mana celik budaya adalah norma bagi membina jambatan memupuk perpaduan dalam kepelbagaian sama ada buat peminat budaya dunia, pemimpin perniagaan dan pengunjung yang hadir untuk sekadar ingin tahu,” katanya. -KOSMO! ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI