fbpx

Harimau Malaya waspada dendam India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain negara giat menjalani latihan dalam misi memburu kemenangan kedua berdepan India di Hyderabad esok. - FB FAM

HARIMAU Malaya sudah tidak mempunyai banyak masa untuk berehat dan harus segera menyiapkan diri bagi berdepan cabaran lebih sukar menentang India di di Stadium Gachibowli, Hyderabad esok.

Bagaimanapun, pengendali negara, Pau Marti Vicente mengakui anak buahnya harus berdepan kerja tambahan kerana perancangan pasukan tidak dapat dilunaskan pada aksi dengan Laos ekoran cuaca hujan.

“Sekarang kami sudah tidak ada banyak masa dan keadaan ini (padang bertakung air ketika lawan Laos) menyedarkan kami untuk lebih besedia. Pastinya India juga mahukan kemenangan.

“Jadi, sudah pasti mereka akan menjanjikan cabaran sukar buat kami. Untuk itu kami harus siapkan diri untuk lebih bersedia sebelum berdepan mereka,” katanya.

Tempoh yang tinggal menjanjikan detik kritikal buat Harimau Malaya dan beri kesempatan terbaik buat semua pemain khususnya muka baharu untuk pikat perhatian Vicente.

Untuk rekod kali terakhir India menang adalah ketika menewaskanKuwait 1-0, November tahun lalu, manakala 11 aksi selepas itu mereka hanya mampu catatkan empat keputusan seri dan selebihnya berakhir dengan kekalahan.

Situasi semasa itu pastinya meletakkan The Blue Tigers makin bernafsu, bukan saja menamatkan kemarau kemenangan, malah melunaskan misi balas dendam kekalahan 2-4 semasa Pestabola Merdeka tahun lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI