fbpx

Haikal jelmaan Jojo, tewaskan adik Rodtang dengan TKO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Haikal melakukan tendangan ke arah Rodtang ketika bertarung di Stadium Titiwangsa, malam tadi.

PETALING JAYA – Petinju Thailand, Nong Ice Rodtang tewas menerusi Tecnical Knockout (TKO) ketika bertarung dengan wakil Hallo Fightlab, Mohd. Haikal Salami pada Kejohanan Grand Final Kuda Merah International Muaythai Challenge 2023 King of the Ring, malam tadi.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan, Kedah itu menumpaskan adik juara ONE Championship Rodtang Jitmuangnon pada pusingan ketiga daripada lima.

“Saya tenang dan kekal positif untuk atasi gementar ketika bertarung. Ia menjadi kunci untuk saya tewaskan Nong Ice.

“Seterusnya, saya sasarkan untuk pergi ke tahap lebih tinggi seperti ONE Championship, tetapi saya tahu ia agak mencabar sebab kena berlatih 24 jam,” katanya selepas perlawanan.

Menurut Mohd. Haikal, ketika ini dia perlu aturkan jadual bersekolah di mana pagi dia perlu fokus belajar dan berlatih pada sebelah petang.

Kemenangan itu membolehkan Mohd. Haikal membawa pulang tali pinggang tajaan ICU/JPM dan Radio Era selepas memenangi pertarungan di Stadium Titiwangsa.

Mohd. Haikal dibimbing oleh bapanya, Salami Nayan, 48, yang juga guru Muay Thai di Felda Teloi Timur, Sik, Kedah.

Perlawanan itu turut disaksikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang menyifatkan Mohd. Haikal mampu menyinar seperti Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo Ghazali yang telah meraih pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI