fbpx

Doktor tersilap potong kaki pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOKTOR tersilap potong kaki Kennedy. - Foto aptnNEWS

MONTREAL – Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada pembedahan, lapor laman berita Daily Star semalam. 

Jason Kennedy, 48, pergi ke Hospital Grace di Manitoba untuk menjalani pembedahan berjadual bagi membuang kaki kanannya akibat jangkitan tulang yang teruk.

Keputusan untuk memotong kaki itu dibuat pada 28 Oktober lalu dengan prosedur pembedahan dijadualkan pada 31 Oktober lepas.

“Saya tertanya-tanya sama ada ini adalah mimpi buruk. Kesakitan masih terasa di kaki (kanan) saya,” katanya.

Pasukan penjagaan kesihatan dilaporkan telah bertemu secara peribadi dengan pesakit berkenaan untuk memohon maaf daripadanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI