fbpx

Cuaca buruk landa Terengganu, Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung sehingga pukul 1 tengah hari hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terjejas dengan keadaan berkenaan adalah Terengganu, Pahang dan Johor.

“Di Terengganu, cuaca buruk ini meliputi Kemaman, manakala bagi Pahang, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya.

Tambahnya, keadaan ini turut melanda Johor di Mersing.

Sementara itu, cuaca cerah dan baik diramalkan berlaku di sekitar Lembah Klang serta Sabah dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI