fbpx

Tiada kompromi pelajar IPT terlibat jenayah – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (tengah) berkongsi pandangan dengan pelajar dari beberapa universiti yang menghadiri Konvensyen BN Perlis di Kangar, hari ini.

 

KANGAR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat kes empat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditahan bersama ganja di sebuah rumah di Seri Iskandar, Perak pada Khamis lepas.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pihak kementerian dan universiti tidak akan berkompromi dalam sebarang salah laku jenayah melibatkan mahasiswa.

“Pihak universiti dan kementerian akan memastikan tindakan sewajarnya diambil. Semua kes jenayah melibatkan pelajar akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Perlis di sini hari ini

Semalam, media melaporkan polis menahan empat individu termasuk dua wanita yang juga pelajar sebuah IPT dan merampas dadah jenis ganja dalam serbuan di Seri Iskandar pada Khamis lalu.

Kesemua suspek warga tempatan itu ditahan di sebuah rumah teres dua tingkat pada pukul 1.40 tengah hari dan hasil pemeriksaan di rumah itu menemukan ganja dengan anggaran berat 1.92 kilogram bernilai RM2,500.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI