fbpx

Tiada amaran kes tembakan, rompakan kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rompakan kedai emas oleh sekumpulan perompak di Thailand

SEGAMAT – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menafikan laporan ada memberi amaran berhubung kehadiran beberapa individu yang merompak dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api di sebuah kedai emas di Labis, Segamat semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya berjaya mengesan laporan yang tular di media sosial melalui aplikasi WhatsApp sejak pagi semalam.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati maklumat tular itu tidak benar dan tiada sebarang rompakan atau tembakan berlaku yang dilaporkan kepada pihak polis.

“Pihak IPD Segamat tidak pernah mengeluarkan kenyataan amaran mengenai kejadian terbabit,” katanya ketika di temui di IPD Segamat hari ini.

Tambah Ahmad Zamry, hasil siasatan lanjut juga mendapati laporan terbabit pernah tular pada 2022 namun berlaku di Thailand.

“Buat selidik dan kaji terlebih dahulu jika perkongsian membabitkan rantaian maklumat dan pastikan kesahihannya supaya jangan disebarkan maklumat tidak benar.

“Ini kerana bahan-bahan berbentuk spekulasi, tuduhan dan penghinaan juga boleh memberi impak dan kesan besar kepada kententeraman awam,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI