KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM9,783,777.67 daripada tujuh syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).
Tujuh syarikat itu ialah Ipoh Specialist Hospital Sdn. Bhd. (Ipoh Specialist), Felcra Berhad (Felcra), Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad, Lembaga Air Perak (LAP), Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. (Lumut Maritime) dan Menteri Besar Incorporated (Perak) (MBInc).
Majlis penyerahan zakat itu diadakan di Istana Iskandariah di sini hari ini yang turut disaksikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Raja Kecil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah; Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin.
Dalam pada itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan watikah pelantikan anggota MAIPk kepada Pengarah Pendidikan Perak, Safuan Raba’ai. – KOSMO! ONLINE