KETIKA ramai mengecam watak Intan lakonan Mimi Lana dalam drama Andai Tiada Dia, situas berbeza pula diterima Rosnah Johari.
Membawa watak sebagai ibu kepada Suri (Ummi Nazeera) dan Intan (Mimi), karakter tegas Rosnah dalam drama tersebut meraih pujian.
Puji peminat, karakter Rosnah sangat sesuai untuk ‘berperang’ dengan perangai Intan yang suka melawan dan sanggup merampas suami kakaknya sendiri.
“Suka gila watak Rosnah. Kali ini dia jadi ibu yang tegas walaupun perwatakannya lemah lembut. Lawan Intan!
“Ini watak ibu yang kami mahu! Sekurang-kurangnya ada watak yang berani bertekak dengan Intan,” komen netizen.
Setakat ini, Andai Tiada Dia meledak dalam media sosial sehingga beberapa pelakonnya turut terkena tempias dimaki hamun netizen.