fbpx

Pemaju perlu ada kemampuan kewangan bangunkan projek di ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani ketika ditemui pemberita pada Program Santuni Madani oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Masjid Al-Aqram, Kampung Datuk Keramat, di sini hari ini. -Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

PETALING JAYA – Pemaju yang mahu membangunkan sesebuah projek terutamanya di sekitar ibu kota perlu memenuhi kriteria ditetapkan termasuk kemampuan daripada segi kewangan.

Menegaskan perkara itu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau akan meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meneliti perkara itu.

Mengambil contoh pembangunan Pasar Datuk Keramat yang gagal dibangunkan selepas lebih enam tahun, ia telah menimbulkan pelbagai termasuk kerosakan infrastruktur.

“Saya dah pesan kepada DBKL pada masa hadapan mana-mana orang hendak ambil tanah di Kuala Lumpur ini kena semak latar belakang syarikat tersebut. Kedua adalah kedudukan kewangan dan ketiga adalah soal bagaimana mengendalikan soal pemindahan di kawasan.

“Kalau tiga-tiga kriteria ini tidak dipenuhi, tidak boleh bagi tanah sebabnya jadilah masalah dihadapi ini. Sudah enam tahun lebih dia (pemaju) tidak berbuat apa-apa.

“Apabila berlaku kerosakan, nak suruh DBKL, DBKL cakap bukan tanah mereka lagi. Jadi berharap pada masa akan datang apa-apa tanah yang dibangunkan kena penuhi kriteria ini,” katanya ketika ditemui selepas Program Santuni Madani di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat di sini hari ini.

Sebelum ini, Pasar Datuk Keramat mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa DBKL untuk menyelesaikan kemelut pembangunan semula Pasar Datuk Keramat yang dilihat daif dan sudah tertangguh sejak enam tahun lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI