fbpx

NFDP: Budaya ‘kabel’ undang bencana bola sepak Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKARIA

BUDAYA kronisme kini didakwa menjadi ‘barah’ yang sudah pun merebak ke peringkat akar umbi hingga memberikan kesan kepada perkembangan industri bola sepak negara dan mutu persembahan pasukan di pentas antarabangsa.

Sejak sekian lama, masalah itu seakan tidak dapat dipisahkan dengan bola sepak negara dan paling membimbangkan andai ‘penyakit’ itu benar-benar menular ke Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

“Melihat hasil sekarang, NFDP adalah gagal. NFDP bukan saja membentuk pemain, tetapi juga jurulatih. Sekarang kita tidak nampak hasilnya, mana pergi pemain seperti Luqman Hakim Shamsudin atau pun mereka yang berjaya seperti pernah kita lihat dulu?

“Jadi, ini boleh saya anggap sebagai bencana dalam bola sepak Malaysia. Soal kroni, kabel kekal jadi budaya yang masih bermaharajalela.

“Peranan ibu bapa penting dalam menggalakkan penglibatan anak-anak di akademi, tetapi tidak perlu mencampuri secara langsung dalam skop kerja jurulatih dan pengurusan akademi,” kata pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim.

Seperti yang sering didakwa peminat bola sepak tempatan, industri bola sepak negara dikatakan sudah menyerupakan bidang lain di mana seseorang itu perlu kenal ‘orang dalam’ untuk mendapatkan tempat di satu-satu kedudukan.

Kosmo! semalam melaporkan NFDP dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dilihat berdepan masalah untuk menghasilkan bakat bola sepak yang hebat apabila beberapa elemen luar yang tidak sihat mula meresap masuk ke dalam program berkenaan.

Selepas 10 tahun dilancarkan, kualiti produk daripada NFDP dan AMD mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan peminat selepas skuad muda negara gagal layak ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 20 (B-20) dan Piala Asia B-17.

Rentetan kegagalan skuad muda kali ini, Zakaria yang juga bekas pengurus Selangor menganggap peminat semakin jemu untuk mendengar kenyataan berbentuk retorik dan mahu Pengarah Teknikal FAM, Scott O Donell membantu badan induk itu mendapatkan ‘kuasa lebih besar’ dalam aspek pembangunan.

“FAM adalah ‘kerajaan’ bola sepak di Malaysia. Pengarah teknikal juga kena pergi ke sekolah untuk pastikan (ada) jurulatih yang baik, bukannya beri tanggungjawab itu kepada cikgu dan kalau nak buat liga, dia kena jelaskan apa keperluannya.

“NFDP juga kena beri laporan kepada FAM yang sepatutnya ada kuasa untuk tentukan siapa jurulatih dan siapa ada kredibiliti untuk pilih pemain. Selain NFDP, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga kena berada di ‘jalan lurus’, tidak boleh ada cara sendiri,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI