LONDON – Sebuah sekolah rendah terpaksa dikosongkan selepas seorang murid membawa masuk bahan letupan untuk ditunjukkan kepada rakan-rakannya, lapor portal berita MailOnline semalam.
Sekolah itu terpaksa dikosongkan dan ia bukan latihan kebakaran biasa seperti sebelumnya. Kejadian berlaku di Sekolah Rendah Orchard, Dibden Purlieu, New Forest.
Polis terpaksa dipanggil selepas bahan letupan dibawa ke sekolah itu.
Bahan letupan itu dibentangkan di dalam kelas, menyebabkan murid-murid dan guru terpaksa mengosongkan sekolah, kata polis.
Seorang penduduk tempatan, Kerri L Watt, 40, berkata, rakan-rakan yang mempunyai anak di sekolah itu datang ke rumahnya selepas mereka mengosongkan sekolah tersebut dan menggambarkan adegan dramatik di mana murid-murid menangis dan ketakutan.
“Ia bukan latihan kebakaran biasa, Agak panik sebenarnya untuk mengosongkan bangunan,’ katanya kepada akhbar Southern Daily Echo. – AGENSI